WELCOME

Get More Visitor

Free advertising

Read If U Seen

Not Nice If U Just Watch my Page. Bring Your Great Comment
...............................................................................
Tidak Beberapa Baik Jika Hanya Sekadar Melihat, Berilah Komen Terbaik ANDA

Saturday, April 11, 2009

Penduduk Bingung Bil Air Tinggi


PASIR PUTEH - Hampir 1,000 penduduk sekitar jajahan ini bingung kerana terpaksa menanggung bebanan caj bayaran bil air yang tinggi sehingga dua kali ganda setiap bulan berikutan bekalan air bercampur angin.

Penduduk terbabit mendakwa masalah tersebut dipercayai berlaku akibat tekanan udara mampat pada saluran paip yang memberi kesan kepada bacaan meter selepas berlaku gangguan bekalan air.

Selain itu, mereka juga mendakwa turut menghadapi masalah bekalan air yang sering kali terputus sejak dua minggu lalu.

Mereka yang terlibat terutama peniaga kecil yang menjual air minuman, makanan basah seperti kuih-muih dan nasi berkata, caj bil itu tinggi dipercayai berpunca daripada meter (sukat guna) yang berpusing laju akibat ditolak udara mampat dalam saluran paip selepas bekalan air dipulihkan.

Seorang peniaga, Khairuddin Muhamad, 44, dari Kampung Kelubi dekat sini mendakwa beliau terpaksa membayar bil air sehingga RM160 sebulan berbanding sebelum ini hanya antara RM60 dan RM100.

"Bil terbaru yang saya terima ini sebanyak RM180. Ia tidak munasabah berbanding penggunaannya yang sering terputus bekalan.

"Kadang-kadang saya dengar angin daripada paip dan kadar kelajuan air yang keluar perlahan, berkeladak dengan warna kemerah-merahan,'' katanya ketika ditemui semalam.

Tambah beliau, kualiti air yang tidak memuaskan itu dikhuatiri membahayakan pengguna dan siasatan perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan kualiti bekalan air.

Beberapa minggu lalu, jelasnya, beliau terpaksa mendapatkan air perigi dari rumah jiran yang berdekatan untuk memasak dan membasuh.

0 comments:

Perhatian Umum !!

Gunakan Firefox barulah page Ini Jadi GEMPAK !!!

Radio HotFm ( Malaysia )


 

Projek Mini